WASHINGTON 5 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terus meningkatkan tekanan menggesa sekutu rapatnya, Hosni Mubarak melepaskan jawatan sebagai seorang negarawan daripada digulingkan dengan penuh penghinaan.
Obama berkata, satu era baru perlu bermula sekarang, satu mesej tersirat ditujukan kepada Presiden Mesir itu, supaya tidak terus memegang jawatannya sehingga pilihan raya pada September ini, seperti yang diumumkan oleh Mubarak sebelum ini.
''Soalan utama yang dia perlu bertanyakan dirinya adalah: Bagaimana saya hendak tinggalkan satu legasi yang akan diingati oleh Mesir ketika waktu perubahan ini,'' katanya, semalam.
Obama brkata, Mubarak adalah seorang yang angkuh tetapi dia juga seorang yang bersifat patriotik.
''Apa yang saya cadangkan kepadanya adalah beliau perlu mendengar apa yang disuarakan oleh rakyat Mesir dan membuat satu keputusan munasabah dan bermakna serta serius,'' ujarnya.
Desakan Obama kepada sekutu rapatnya di negara Arab itu dinyatakan selepas mengemukakan rayuan secara lembut untuk bertenang dan tidak bertindak tergesa-gesa pada minggu lalu.
AS mungkin tidak ingin melihat Mubarak disingkirkan dengan segera namun selepas melihat krisis di negara tersebut tidak akan tamat, jurucakap negara itu mula membincangkan 'peralihan' yang akan diambil selepas era pemerintahan Mubarak. - Agensi
0 comments:
Post a Comment