Tuesday, February 1, 2011

Ikhwan Seru AS Henti Sokong Mubarak

Kelompok pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin, mendesak Amerika Syarikat untuk berhenti mendukung Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Ikhwanul Muslimin mengatakan Amerika Syarikat semestinya mendukung rakyat Mesir bukan Mubarak, menambahkan bahawa pendekatan AS terhadap pemberontakan Mesir akan menentukan bagi masa depan hubungan Kaherah-Washington.

Sebelumnya, kelompok pembangkang utama Mesir ini mengecam PBB dan negara-negara Barat kerana telah gagal untuk mengambil tindakan menentang tindakan keras pemerintah dalam menangani aksi tunjuk perasaan dan pembunuhan terhadap warga awam.

Ikhwanul Muslimin juga mengatakan akan mendukung setiap calon liberal, termasuk tokoh pembangkang Mesir Muhammad ElBaradei, untuk memimpin sebuah pemerintah persatuan nasional di Mesir. (fq/prtv)

sumber

0 comments: