Wednesday, February 16, 2011

Inilah Wajah SAUDI yang Sebenar

Mufti Arab Saudi Syeikh Yusuf Al-Ahmad mengingatkan pemerintahnya untuk segera mengatasi masalah kemiskinan dan pengangguran, jika tidak ingin menghadapi revolusi seperti yang terjadi di Mesir dan Tunisia.

Syeikh Al-Ahmad menyampaikan hal tersebut dalam rakaman video yang dimuatnaik ke internet. Dia mengatakan, dengan tingkat kemiskinan dan pengangguran di Saudi yang mencapai 22 peratus, gerakan rakyat yang kini sedang melanda dunia Arab boleh menular ke Saudi. Apalagi bibit-bibit ketidakpuasan itu sudah terlihat melalui aksi protes warga Saudi atas kegagalan pemerintah mengatasi persoalan banjir, terutama di kota Jeddah.

"Banjir yang melanda kota kedua terbesar di Saudi itu menelan korban jiwa dan menyebabkan ribuan warga Jeddah terpaksa berpindah sehingga mencetuskan kemarahan rakyat," tulis surat kabar Al-Arab mengutip pernyataan Syeikh Al-Ahmad.

Mufti Saudi itu mengungkapkan, cara rakyat mengungkapkan kemarahan sudah berubah dengan cara yang tidak dibayangkan sebelumnya, kerana rakyat merasa tertindas dan diperlakukan tidak adil. Al-Ahmad mengkritik pemerintah Saudi yang mengalokasikan dana sebesar 112 billion dollar untuk Universiti King Abdullah dan dana sebesar 72 billion dollar untuk Universiti Puteri Noura di Riyadh.

Al-Ahmad menilai dana sebesar itu cukup untuk membangun 72 universiti dan menciptakan 300,000 lapangan pekerjaan bagi rakyat Saudi. Menurutnya, perlu ada pengawasan terhadap aset-aset milik rakyat untuk mencegah pemborosan yang dilakukan pemerintah.

Tahun 2009, parlimen Saudi mengumumkan bahawa tingkat pengangguran di Saudi masih berkisar 22 peratus. Sementara versi pemerintah menyebutkan bahawa tingkat pengangguran hanya 10.5 peratus. Angka 22 peratus, mengindikasikan rencana tiga tahun yang dirancang pemerintah Saudi untuk mengatasi masalah kemiskinan kurang berhasil. (ln/prtv)

sumber

0 comments: