Sunday, February 6, 2011

Jemaah PALESTIN Berlawan dengan Israel



Al-Quds-Infopalestina: Pasukan Israel menambah kekuatannya di kota Al-Quds terutama di sekitar Masjidil Aqsha, Jumaat (4/2) terkait peristiwa yang terjadi di Mesir. Pasukan mencegah jemaah di bawah usia 50 tahun menunaikan solat di Masjidil Aqsha.

Pasukan Israel mendakwa bahawa penambahan pegawail keamanan atas referensi perisikan terbatas.

Di Silwan terjadi pertempuran sengit antara pasukan Israel bersenjata lengkap dengan warga yang menunaikan solat Jumaat di kem pelarian di komplek Bustan wilayah Selatan Masjidil Aqsa.

Saksi mata menyebutkan, huru-hara merambat ke dua wilayah, Beir Ayub dan Ain Lauzah. Pasukan Israel menembakan bom suara dan gas air mata terhadap kerumunan warga, puluhan orang mengalami sesak nafas dan dirawat oleh petugas medik lapangan.

Menurut sumber tempatan jemaah solat membalas provokasi Israel terhadap mereka, dan kemudian dibalas pasukan Israel dengan bom-bom suara dan gas air mata.


sumber

0 comments: