Wednesday, February 16, 2011

Kesihatan Mubarak Merudum

Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, menurut laporan terbaru di pelbagai media Arab, kesihatannya semakin buruk dan dikhabarkan berada dalam keadaan koma atau bahkan dekat dengan kematian.

Pada hari Minggu, harian Mesir al-Masry al-Youm melaporkan bahawa Mubarak pengsan pada hari Sabtu, setelah ucapan terakhirnya di mana dia menyerahkan kekuasaan kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman.

Pada hari Selasa pagi, harian Asharq al-Awsat melaporkan bahawa Mubarak dalam keadaan medik yang sangat serius.

Seorang pegawai tinggi Mesir yang dekat dengan dewan penguasa militer mengatakan kepada akhbar bahawa dia "tidak hairan jika pengumuman kematian Mubarak akan segera datang." Menurut pegawai itu, Mubarak menolak untuk menerima perawatan medik.

Dua hari yang lalu, duta besar Mesir untuk Amerika Syarikat, Sameh Shoukry mengatakan bahawa sejauh yang dia tahu, keadaan Mubarak memang buruk. Meskipun Shoukry tidak memberikan perincian, ini adalah laporan rasmi pertama dari seorang pegawai Mesir mengenai keadaan Mubarak.

Akhbar lainnya di Mesir seperti Akhbar Al-Youm dan A-Shuruk juga melaporkan bahawa kesihatan presiden yang digulingkan itu memburuk, dan Mubarak diberitakan menolak untuk minum ubat serta menderita depresi.

Mubarak, yang menderita kanser pankreas, saat ini dilaporkan tinggal di kawasan Sharm el-Sheikh. (sa/haaretz)

SUMBER

0 comments: