Monday, February 7, 2011

Majlis Akad Nikah di Tahrir Square, MESIR

Suasana ketegangan dan keadaan bersiap sedia penuh dalam menghadapi seerangan dari para penunjuk perasaan anti Mubarak ataupun pasukan keselamatan, serta dalam situasi perjuangan menuntut mundurnya "thoghut" Hosni Mubarak dari kekuasaannya, tidak menghalangi sepasang kekasih yang ikut berdemonstrasi di medan Tahrir kota Kaherah tersebut, untuk mengucapkan janji setia dalam sebuah ikatan pernikahan yang suci.

Ditengah jutaan pendemo yang ada di Tahrir Square pada hari Ahad semalam (6/2), stesen televisyen Al-Jazeer melaporkan bahawa telah terjadi peristiwa unik di pusat para aktivis anti Mubarak berkumpul iaitu di Tahrir Square, di mana sepasang kekasih melangsungkan akad nikah dan didoakan oleh seluruh massa yang ada di lapangan tersebut.

Semoga niat suci para pendemo anti Mubarak ini akan melahirkan keturunan yang benci terhadap segala tindakan kesewenang-wenangan dan menjadi pejuang Islam. Amiin(fq/)

sumber

0 comments: