Saturday, February 19, 2011

MALAYSIA - Transit Dadah Popular

KOTA KINABALU 19 Feb. – Malaysia kini dikenal pasti sebagai antara negara yang menjadi pilihan untuk dijadikan transit oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya mendapati, kebanyakan dadah dibawa masuk ke negara ini sebelum dipasarkan ke negara-negara jiran.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis telah menggiatkan usaha membanteras kegiatan tersebut termasuk mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa di negara-negara jiran.

“Baru-baru ini saya telah pergi ke Singapura dan mengadakan perbincangan dengan Biro Narkotik Singapura untuk bersama-sama menangani masalah ini.

“Kita juga telah membincangkan masalah ini dengan pihak Indonesia dan selalu berhubung dengan mereka supaya kita dapat berbincang dan bertukar-tukar maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan kerja ke Sabah di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini. - Utusan

sumber

0 comments: