Monday, February 14, 2011

Mubarak Pengsan 2 Kali, Kini Koma?

Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan koma pada hari Sabtu lalu di kediamannya di Sharm al-Sheikh, menurut sumber-sumber informasi yang boleh dipercaya.

Mubarak terbang ke kota istirehat Laut Merah pada hari Khamis lalu dengan seisi rumahnya setelah ucapan terakhirnya, di mana dia menyerahkan kekuasaan eksekutif kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman.

Sumber yang sama mengatakan bahawa Mubarak saat ini sedang menerima rawatan perubatan namun belum ada keputusan yang dilakukan apakah dirinya menjalani perawatan medik di rumah sakit atau hanya dirawat di rumah rehatnya di Sharm al-Sheikh.

Khabar angin yang sempat beredar sebelumnya menyatakan bahawa Mubarak telah pengsan dua kali ketika sedang merakam ucapan terakhirnya, yang disiarkan di televisyen negara pada Khamis malam lalu. (fq/almasryalyoum)

0 comments: