WASHINGTON 2 Feb. - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberitahu Presiden Hosni Mubarak, Mesir perlu memulakan peralihan kuasa sekarang, sekali gus membayangkan pengumuman pemimpin itu untuk tidak bertanding pada pilihan raya September ini, masih belum mencukupi.
Obama bercakap demikian kepada Presiden Mesir itu malam tadi melalui satu perbualan telefon yang panjang sejurus Mubarak mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya Presiden negara itu, melalui satu ucapan yang disiarkan melalui televisyen.
"Saya menyatakan kepercayaan saya kepada beliau (Mubarak) bahawa satu peralihan kuasa terancang, bermakna dan aman perlu dilakukan sekarang," katanya.
Kenyataan Obama itu yang disiarkan secara langsung dari White House, sebagai satu cubaan untuk meyakinkan Mubarak supaya meletak jawatan lebih awal. - AFP
0 comments:
Post a Comment