Monday, February 7, 2011

Ops Piramid keluarkan 6,577 rakyat MALAYSIA di MESIR

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Kerajaan dapat mengeluarkan seramai 6,577 rakyat Malaysia dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah menerusi Ops Piramid sehingga kini.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun hari ini berkata, sehingga 5.30 pagi tadi, seramai 2,802 dikeluarkan menerusi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, 2,150 oleh tiga pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan 1,625 orang menerusi dua pesawat AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi berikutan pergolakkan yang berlaku di negara itu. - Bernama

Sumber

0 comments: