Revolusi Mesir yang merembes ke pelbagai belahan negara Arab lainnya, mengalihkan perhatian dunia dari konflik Israel-Palestin. Padahal, Israel tak pernah menghentikan penindasan dan aksi-aksi kekerasannya terhadap rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak..
Laporan Kementerian Penerangan Palestin menyebutkan bahawa dalam jangkamasa waktu dua minggu pertama bulan Februari, tentera Israel menangkap sekitar 32 kanak-kanak Palestin di kawasan Tebing Barat dan Jerusalem Timur. Dalam kurun waktu yang sama pula, 15 kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan akibat serangan para pemukim Yahudi ilegal di Tebing Barat.
Dalam laporannya, Kementerian Penerangan juga menyatakan bahawa saat ini ada 320 kanak-kanak Palestin yang mendekam di penjara-penjara militer Israel. Anak-anak itu mengalami kekerasan dan pemerasan saat menjalani interogasi.
0 comments:
Post a Comment