Sunday, February 20, 2011

Parti Politik Ikhwan dalam Proses

Sebuah parti politik yang melibatkan anggota Ikhwanul Muslimin akan terbentuk pada waktu yang tepat, kata Muhammad Mursi, jurucakap rasmi Ikhwan, menambahkan bahawa Ikhwan tidak akan memiliki calon dalam pemilihan presiden akan datang.

Mursi mengatakan bahawa Ikhwan mempercayai militer mendukung revolusi,dan tidak akan memonopoli kekuasaan serta mendukung amandemen konstitusi.

"Kami mendukung kebebasan Al-Azhar dan seruan untuk adanya pemilihan bagi Grand Syaikh Azhar," tambahnya.

Ketika ditanya tentang bagaimana Ikhwan akan menangani masalah Koptik jika nanti berkuasa, Mursi mengatakan Kristian Koptik memiliki hak yang dan kewajiban yang sama sebagaimana umat Muslim dan agama Islam mengajarkan pengikutnya untuk mencintai orang Kristian dan memperlakukan mereka secara adil.

Mengenai pemilihan parlimen akan datang, Mursi mengatakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan untuk berpartisipasi.

Ditanya tentang campur tangan kekuatan asing dalam urusan Mesir, ia mengatakan, "Kami tidak menerima pesanan dari kekuatan asing, dan kami menolak campur tangan mereka dalam urusan internal. Sikap Iran meragukan, tapi kami setuju dengan Hamas dalam hal pemikiran dan visi, dan berbeza dengan Nasrallah Lebanon. "

Ketika ditanya tentang perjanjian damai Mesir dengan Israel, dia menjawab, "Kami menentang perjanjian damai sejak awal. Kami tidak melawan kaum Yahudi, melainkan Zionisme, pendudukan, yang menyusahkan bangsa Palestin dan menyebabkan mereka terusir. Kami menentang perjanjian sebagai kelompok, tapi ketika parlimen Mesir mengatakan telah berkomitmen untuk hal itu, kita tidak punya punya pilihan maka kami terpaksa tunduk pada keinginan rakyat yang diwakili di parlemen. "

Tentang hak-hak wanita, Morsi mengatakan wanita Mesir berada dalam posisi yang lebih baik daripada rakan Barat mereka, kerana mereka memiliki hak untuk kemandirian finansial dari suami mereka. Dia juga mengatakan bahawa wanita Mesir dipekerjakan dalam semua jenis pekerjaan.

Ditanya mengenai Pasal 2 konstitusi - yang menyatakan bahawa Undang-undang Islam adalah sumber utama undang-undang - Mursi membela hal itu, mengatakan bahawa Mesir adalah sebuah negara Islam dengan majoriti Muslim.

Undang-undang Islam tidak diskriminasi terhadap non-Muslim, ia menambahkan, mengatakan bahawa konstitusi ini akan menjamin kebebasan, devolusi kekuasaan, keadilan dan kesetaraan. (fq/almasryalyoum)

sumber

1 comments:

Megat al-Jefri said...

lepas ni maruah org mesir naik semula insyaalah sebagai taukeh yg kayaraya hasil gandum mereka. Sbb lps ni bolehlah penduduk mesir menanam gandum semula d dataran nil tersubur d dunia tu.

dan mmg pendapatan utama mesir sejak ribuan tahun dahulu pun gandum. tahniah, teruskan mengupdate laporan terkini. syukran...

wsslm.