Monday, February 14, 2011

Revolusi MESIR Belum Capai Matlamat

Revolusi Mesir belum sampai pada kesimpulan yang semestinya dan rakyat terus terus melakuan aksi tunjk perasaan untuk terus melakukan tekanan agar permintaan mereka untuk adanya pemerintahan awam segera diwujudkan, seorang analis politik mengatakan.

Ali al-Ahmad, direktur IGA di Washington, mengatakan kepada Press TV pada hari Ahad kemarin (13/2) bahawa "terlalu awal untuk mengatakan bahawa revolusi telah berhasil" kerana belum berhasil membawa rakyat menuju keadilan.

Al-Ahmad mengatakan, kendala utama yang masih ada adalah keadaan darurat yang telah diterapkan sejak Mubarak berkuasa hampir tiga puluh tahun yang lalu.

Analis menambahkan bahawa meskipun Mubarak telah turun, hartanya tidak disita dan kroni-kroninya masih berkuasa yang dapat membentuk "kediktatoran militer" kecuali rakyat sendiri yang memilih pemerintahannya.

"Militer adalah penguasa negeri tanpa pengawasan apapun dan tidak ada jaminan bahawa hal itu akan terus berlanjut selama bertahun-tahun," katanya.

Al-Ahmad mengatakan bahawa Mesir baru akan memulakan hari baru ketika konstitusi ditulis ulang dan disetujui oleh rakyat dan terbentuknya pemerintahan yang bertanggung jawab yang dipilih oleh rakyat.

Dia memperingatkan para pemimpin revolusi bahawa militer sedang melakukan konspirasi untuk "mencuri revolusi" dan meminta rakyat Mesir untuk melanjutkan tuntutan mereka dengan mengadakan demonstrasi setiap hari Jumaat.

Militer Mesir yang dianggap penguasa baru setelah pengusiran Mubarak telah membubarkan parlimen dan membekukan konstitusi.

Pihak militer telah mengumumkan bahawa mereka akan tetap berkuasa selama enam bulan sebelum pemerintah awam dipilih.

Ribuan penunjuk perasaan, yang meragukan transisi cepat menuju demokrasi, masih terus mengalir ke Kaherah Tahrir Square pada hari Ahad lepas, mengatakan mereka tidak akan berhenti kecuali tuntutan mereka terpenuhi.(fq/prtv)

sumber

0 comments: