Kabel diplomatik dari tahun 2008 menunjukkan bahawa Leftenan Jenderal Omar Suleiman telah menarik perhatian Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak serta para pemimpin Israel lainnya, akhbar Britain The Telegraph menulis pada hari Isnin (7/2).
Suleiman secara rutin melakukan kontak harian dengan Tel Aviv melalui 'hotline' rahsia," kata kabel itu, mencatat bahawa ia juga memiliki hubungan sangat baik dengan tokoh-tokoh Israel.
Kabel yang bocor juga mengutip penasihat militer Israel Daud Hacham yang mengatakan bahawa Tel Aviv percaya bahawa Sulaiman "kemungkinan untuk melayani menjadi Presiden interim jika Mubarak mati atau tidak mampu memimpin lagi."
Mantan ketua Unit Intelijen Direktorat Jenderal Mesir ini diangkat sebagai wakil presiden pada tanggal 29 Januari di tengah sebuah revolusi Mesir dan seruan rakyat yang meminta pengusiran Mubarak pro-Barat, yang telah memerintah negara dalam 30 tahun terakhir.
Suleiman dituduh memainkan peranan utama dalam program rendisi CIA kontroversial, di mana seseorang boleh ditahan paksa dari berbagai negara tanpa proses undang-undang dan dikenakan interogasi yang sangat kasar.(fq/prtv)
0 comments:
Post a Comment