Wednesday, March 9, 2011

20 maut serangan bom di PAKISTAN

ISLAMABAD 8 Mac - Satu letupan kereta di sebuah stesen mengisi minyak di Faisalabad, barat Lahore, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan kira-kira 100 yang lain.

Menurut polis, kejadian kira-kira 120 kilometer dari ibu negara wilayah Punjab itu melibatkan sebutir bom yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan yang diletak berhampiran mesin pemampat gas asli stesen minyak berkenaan.

Ketua polis daerah, Aftab Cheema berkata, letupan turut memusnahkan beberapa bangunan berhampiran di kawasan tersebut yang turut menempatkan pejabat rantau agensi risikan, syarikat penerbangan Pakistan International Airline dan sebuah pusat rekrut tentera. - dpa

Sumber

0 comments: