Monday, March 7, 2011

Ghaddafi Setuju Berundur Dengan Syarat

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan mengundurkan diri dan meninggalkan negara tersebut dengan syarat dia dan keluarganya menerima jaminan keamanan dan mereka tidak akan dirugikan, akhbar al-Sharq al-Awsat yang berpusat di London melaporkan Isnin ini (7/3). Belum ada pengesahan rasmi berkaitan maklumat ini.

Laporan tersebut mengutip sumber yang layak dipercaya yang ada di Benghazi Libya yang mengatakan bahawa Gaddafi berjanji untuk mengumumkan pengunduran dirinya dan menyerahkan kewenangan kekuasaannya untuk pemberontak di Benghazi jika adanya jaminan keamanan keluarganya, dan dananya tetap dipertahankan.

Gaddafi juga ingin pemberontak membantu dia meninggalkan negara itu ke negara tujuan yang menjadi pilihannya, dan melepaskan tuntutan mereka untuk membawa dirinya ke pengadilan internasional atas kejahatan terhadap kemanusiaan, kata laporan tersebut.

Sumber menambahkan bahawa persiapan untuk keberangkatan Gaddafi sudah di mulai, di antaranya penyebaran desas-desus bahawa dia mengalami strok.

"Sejauh ini belum ada tanggapan rasmi dari kubu Gaddafi, negatif atau positif," lapor akhbar tersebut. Namun, sumber mengisyaratkan bahawa pemberontak tidak akan mempertimbangkan perundingan dengan pemimpin Libya itu.(fq/ynet)

sumber

0 comments: