Wednesday, March 2, 2011

Ikhwan MESIR Bakal Menang Pilihan Raya

Moshe Ya'alon, menteri urusan strategi di dalam pemerintah Israel menyatakan bahawa kelompok Ikhwanul Muslimin boleh menang dalam pilihan raya Mesir akan datang, jika ia berlangsung dengan penuh integriti dan transparan, mendakwa pada saat yang sama, bahawa idea demokrasi telah gagal kerana terbukti ia menghasilkan pemerintahan Hamas.

Kepada Radio Angkatan Darat Ya'alon Selasa (1/3) menyatakan bahwa salah satu tentangan utama yang dihadapi para penguasa baru Mesir adalah perkembangan politik, di mana saat ini merupakan masa transisi, dan militer yang saat ini berkuasa mesti mengambil keputusan yang cukup untuk bergerak menuju pemilihan umum langsung yang adil.

Ya'alon menegaskan juga bahawa idea demokrasi dan pilihan raya telah gagal, hal itu boleh dibuktikan dengan kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestin dan munculnya Hizbullah di Lebanon.

sumber

0 comments: