Dalam sebuah pernyataan yang disampaikannya kepada akhbar Mesir "Asysyuruq" Khamis (3/3) dia mengatakan: "Saya mendukung penuh tuntutan para pemuda untuk adanya kebebasan dan martabat rakyat Libya mesti bebas dari Gaddafi, Allah bersama mereka dalam pertempuran mereka melawan Gaddafi dan saya yakin bahawa orang-orang ini pasti akan menang melawan Gaddafi."
Anak lelaki mujahid Umar Mukhtar yang telah berusia 89 tahun ini menegaskan: "Perlawanan kaum muda melawan rejim Gaddafi mirip dengan perlawanan rakyat Libya dahulu melawan pendudukan Itali, keduanya merupakan perlawanan untuk menyingkirkan ketidakadilan", sembari menambahkan bahawa revolusi yang terjadi di Tunisia dan Mesir telah membakar semangat kaum muda Libya, meskipun bagi pemuda Mesir dampak yang paling signifikan bagi mereka adalah mempromosikan serta mendukung rakan-rakan mereka yang ada di Libya.
Dia juga mengatakan yang semua orang Libya ingin mengakhiri 42 tahun kekuasaan Gaddafi dan memulakan era baru..tidak ada perbezaan di antara suku-suku yang ada di Libya termasuk suku Gaddafi, di mana Gaddafi sendiri telah menggunakan tentera upahan untuk membunuh rakyatnya sendiri, namun kami mesti yakin bahwa kami akan menang, Insya Allah."
Ayahnya Muhammad, Syeikh Umar Mukhtar merupakan mujahid legenda dalam pertempuran melawan pasukan Itali. Syeikh Umar Mukhtar memulakan jihad melawan pendudukan Itali sejak tahun 1912 pada usia lima puluh tiga tahun. Perjuangannya berlangsung selama dua puluh tahun hingga akhirnya dia ditangkap pada tahun 1931 dan menjalani hukuman gantung di depan rakyat Libya.
Yang uniknya, Gaddafi sendiri adalah pengkagum utama perjuangan Syeikh Umar Mukhtar dan ketika Gaddafi mengunjungi ibukota Itali, Roma pada tahun 2009 lalu - kunjungan pertamanya sejak ia menduduki kekuasaan tahun 1969 - Gaddafi memasang pin bergambar foto Syeikh Umar Mukhtar ketika ditangkap di dadanya.(fq/imo)
0 comments:
Post a Comment