Thursday, March 17, 2011

PALESTIN - 100 Tahanan Ganti Shalit. Setuju?

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa negosiasi dengan Hamas terkait pembebasan perajurit Israel yang ditahan Gilad Shalit menghadapi batu sandungan kerana Hamas menginginkan adanya pembebasan 100 "tahanan berbahaya" sebagai ganti pembebasan Shalit.

Netanyahu menyatakan dalam sebuah pernyataan hari Selasa lalu bahawa para tahanan yang diminta Hamas untuk dibebaskan itu dialihkan ke Tebing Barat maka akan dapat menyerang setiap sasaran Israel.

Perdana Menteri Israel tersebut menegaskan kembali komitmennya kepada keluarga Shalit, menambahkan, bagaimanapun, bahawa ia juga berkomitmen untuk menjaga kehidupan tujuh juta orang warga Israel.

Ia menegaskan bahawa pemerintahannya terus-menerus bekerja untuk menjamin pembebasan Shalit.

Pada bahagian lain, ratusan ribu warga Israel bergabung dalam aksi demo menuntut pembebasan Shalit pada hari Selasa lalu, menyebabkan terhentinya aktiviti semua pekerjaan selama lima minit pada pukul 11 ​​pagi.(fq/pic)

0 comments: