"Saya memutuskan untuk membentuk parti kerana saya tidak sepakat dengan Maktab Al-Irsyad Ikhwan," kata al-Dafrawy, menambahkan bahawa dia bersedia untuk bekerja sama dengan Parti al-Wasat moderat yang merupakan pecahan Ikhwan.
Sobhi Saleh, seorang tokoh terkemuka di jemaah Ikhwan, mengatakan baawa Al-Dafrawy memiliki hak untuk membentuk sebuah parti. "Dia tidak aktif dalam jemaah Ikhwan selama sepuluh tahun terakhir," katanya menegaskan. "Dia bahkan mungkin telah diberhentikan dari jemaah."
Mursyid 'Aam Ikhwan Muhammad Badie telah melarang anggota Ikhwan dari pembentukan parai politik lainnya selain dari parti yang rasmi dibentuk oleh jamaah iaitu "Parti Kebebasan dan Keadilan". (fq/almasryalyoum)
0 comments:
Post a Comment