Akhbar Financial Times melaporkan bahawa jumlah warga dari negara-negara kaya Arab semakin banyak yang berpindah ke Britain, dan hal ini belum pernah terjadi sebelumnya.
Akhbar tersebut mengutip pernyataan ketua imigrasi Britain yang mengatakan: "Ada peningkatan yang signifikan dalam jumlah orang yang tertarik berimigrasi ke Britain dari negara-negara Arab, sejak pecahnya kerusuhan Mesir pada bulan Januari lalu.
Menurut pendapat akhbar tersebut bahawa kedatangan orang-orang kaya Arab itu ke Britain - yang telah berjuang selama lebih dari dua tahun keluar dari krisis ekonomi yang parah, seperti banyak negara lain - tanpa diragukan lagi merupakan kejutan bagi Perdana Menteri Britain David Cameron yang memang berharap akan ada lebih banyak orang-orang super-kaya yang datang untuk berinvestasi di negaranya.
Untuk menunjukkan bahawa pemerintah Britain menyambut kedatangan para jutawan Arab ini,Cameron melalui kementerian Dalam Negeri Britain merancang menemui mereka pada hari Rabu ini, yang juga bertujuan untuk mengurangi pembatasan visa bagi investor ke Britain pada bulan April akan datang.
Laporan dari Financial Times juga menyebutkan bahawa sekurang-kurangnya 155 investor asing telah bermigrasi ke Britain dalam tempoh setahun lalu namun pemerintah ingin adanya peningkatan dua kali ganda pada tahun ini dengan harapan dapat menarik ratusan juta poundsterling ke pasar investasi di negara ini.(fq/islamtoday)
0 comments:
Post a Comment