Monday, March 14, 2011

TV Satelit Ikhwanul Muslimin Akan Beroperasi

Ikhwanul Muslimin merancang akan meluncurkan saluran televisyen satelit menggunakan satelit NILESAT, kata Abdil Rahman al-Barr, seorang anggota maktab al-irsyad Ikhwan dan salah seorang anggota kelompok Mufti Ikhwan. Ini akan menjadi saluran TV rasmi pertama jemaah Ikhwan.

Saluran TV ini akan diuji pada bulan April dan secara rasmi dilancarkan pada tanggal 1 Mei. Saluran TV Ikhwan akan menyiarkan program politik, sosial dan agama serta talkshow. Saluran ini akan mendapatkan bantuan dari pakar Qatar yang berpusat di saluran berita Al Jazeera dan menggunakan beberapa staf ikhwanonline.com, laman rasmi Ikhwan. Maktab al-irsyad Ikhwan telah menghubungi pejabat administrasi Ikhwan di sekitar Mesir untuk meminta mereka untuk merekomendasikan wartawan yang akan ditempatkan di TV Ikhwan.

Pelamar akan dilatih sebelum mengalami beberapa tesujian. Pintu lowongan kerja ini akan terbuka untuk profesional media dari seluruh spektrum untuk bergabung dengan kru saluran TV ikhwan, sehingga berbagai gagasan dapat disajikan, Al-Barr ditambahkan.

Al-Barr mengatakan inisiatif ini sejalan dengan keinginan Ikhwan untuk berkomunikasi dengan masyarakat dan menyatakan orientasi politiknya. Dia mengatakan saluran tersebut akan memainkan peranan yang memberi pencerahan.

Dia mengungkapkan bahawa rejim mantan Presiden Hosni Mubarak telah mencegah Ikhwan mendirikan sebuah saluran TV sendiri di masa lalu dengan menangkap puluhan anggotanya.

Nama saluran baru masih diperdebatkan. Beberapa anggota Ikhwan ingin nama saluran TV itu adalah "Tahrir" untuk menghormati revolusi Mesir, dan lainnya mengatakan bahawa saluran TV Ikhwan mesti membawa nama jemaah, kata sumber Ikhwan.(fa/almasryalyoum)

sumber

0 comments: