Saturday, April 9, 2011

14 Syahid di PALESTIN Sejak Khamis

Agresi lanjutan Israel di Jalur Gaza pada Jumaat malam (8/4) mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak Palestin dan seorang pejuang perlawanan yang berafiliasi dengan Briged Al-Quds dan melukai sepuluh orang lain termasuk enam kanak-kanak dan seorang paramedik.

Pesawat Israel melakukan empat serangan lanjutan pada Jumaat malam mengakibatkan kecederaan sejumlah orang; Pesawat drone israel menembakkan peluru pada sekelompok orang di berhampiran stesen Khazendar mengakibatkan korban jiwa, tempat yang sama kemudian menjadi sasaran serangan lagi oleh pesawat itu.

Pesawat pendudukan Israel juga menembakkan roket ke kereta di lingkungan Radwan di utara Kota Gaza, namun penumpang kereta berhasil melarikan diri sesaat sebelum diserang.

Briged Al-Qassam mengumumkan kematian salah seorang komandan lapangan mereka di kem pelarian Shati pada hari Jumaat petang, yang diikuti oleh beberapa pejuang yang mengalami kecederaan dalam serangan sebelumnya pada hari Jumaat, sehingga jumlah yang syahid sejak Khamis menjadi 14 dan jumlah tercedera sekurang-kurangnya 60 orang.

Jurucakap perkhidmatan darurat, Adham Abu Selmeyyah mengatakan kepada PIC pada hari Jumaat petang bahawa ada 11 orang syahid sejak Kamis, termasuk dua laki-laki tua dan seorang wanita dan anak perempuannya. Dia juga mengatakan bahawa ada 45 warga awam cedera, 10 diantaranya dalam keadaan serius.(fq/pic)

sumber

0 comments: