Friday, April 22, 2011

Feri karam di BANGLADESH, 28 maut

DHAKA 21 April - Sebuah feri membawa lebih 100 penumpang karam di Bangladesh hari ini selepas terlanggar sebuah kapal kargo, menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh.

Feri M. L. Bipasha itu dilaporkan karam di sungai Meghna, Rajapur, 130 kilometer ke barat daya ibu negara Dhaka.

Menurut pasukan penyelamat, angka kematian dijangka meningkat dengan beberapa penumpang dipercayai masih terperangkap di dalam feri dan berpuluh-puluh lagi dilapor hilang.

"Pasukan penyelam kini cuba mengeluarkan lebih banyak mayat dari feri itu," kata pegawai kanan polis, Zahurul Islam Khan kepada Reuters dari tempat kejadian sebelum operasi menyelamat dihentikan kerana waktu malam.

Feri itu karam selepas melanggar sebuah kapal kargo yang telah pun karam beberapa hari lalu.

Semasa kejadian, kira-kira 40 penumpang dilapor melompat keluar dari feri itu dan berenang ke tebing sungai. - REUTERS

Sumber

0 comments: