Thursday, April 7, 2011

Freedom Flotilla Minta Dunia Lindungi Misi Mereka

Kempen Eropah untuk mengakhiri pengepungan di Gaza, penyelenggara armada Kebebasan (Freedom Flotilla) kedua, telah menyerukan adanya intervensi dunia setelah para pegawai Israel mengancam secara terbuka bahawa militer mereka akan menyerang konvoi Armada Kebebasan kedua jika tetap melanjutkan untuk memecahkan sekatan Israel terhadap Jalur Gaza.

Sebelumnya angkatan laut Israel menyerang kapal armada kebebasan pertama Gaza pada akhir Mei lalu, mengorbankan sembilan aktivis dan menyebabkan puluhan lainnya cedera.

"Apa yang diterbitkan dalam akhbar Israel pada hari Isnin yang menyatakan bahawa militer Israel siap untuk menyerang Armada Kebebasan 2 dan menguasai semua kapal yang menuju Gaza dengan menggunakan kapal perang mempertegas pengakuan sebelumnya kepada awam bahawa Israelmerancang untuk menggunakan agresi militer yang dapat menanggung konsekuensi serius," kata anggota kempen Eropah Mazen Kaheel dalam siaran media terbaru.

sumber

0 comments: