Friday, April 1, 2011

Ikhwan Ada Urusan Sulit dengan Mubarak?

Kelompok pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, terlibat dalam transaksi politik rahsia dengan rejim yang digulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak, seorang mantan anggota Ikhwan menyatakan.

Anggota reformis Ikhwan Haytham Ali, yang membelot pada hari Kamis (31/3), mengatakan anggota-anggota Maktab Al-Irsyad, badan eksekutif tertinggi kelompok itu, telah mengadakan pertemuan rahsia dengan Wakil Presiden Omar Suleiman, di mana mereka menegosiasikan cara mengakhiri partisipasi mereka dalam revolusi 25 Januari lalu dalam sebuah pertukaran untuk keuntungan politik.

Dia juga mengumumkan bahawa para pemimpin tertinggi Ikhwan telah terlibat dalam negosiasi yang sama dengan pihak keamanan selama pemilihan parlimen tahun 2005 lalu, setuju untuk menutup mata untuk atas kecurangan dalam pilihan raya sebagai imbalan untuk sejumlah kursi tertentu.

Puluhan pemuda Ikhwan telah melontarkan kritik tajam kepada anggota Maktab Al-Irsyad untuk apa yang mereka gambarkan sebagai "kegagalan untuk memahami semangat revolusi".

Sebahagian anggota pemuda Ikhwan ingin adanya kebebasan untuk bergabung dengan parti politik lainnya, tanpa mesti wajib bergabung dengan parti rasmi yang dibentuk oleh Ikhwanul Muslimin Parti Kebebasan dan Parti Keadilan, tapi Mursyid 'Aam Ikhwan Muhammad Badie telah mengatakan bahawa anggota Ikhwan tidak boleh bergabung dengan kelompok politik lainnya selain dari parti rasmi Ikhwan. (fq/almasryalyoum)

sumber

0 comments: