Wednesday, April 6, 2011

IKhwan TUNISIA - Kami Contohi TURKI

Pucuk Pimpinan Gerakan Kebangkitan (Harakah an-Nahdhah) Tunisia yang merupakan perwujudan dari Jemaah al-Ikhwan al-Muslimun Tunisia, Dr. Muhammad El-Genoushi, menegaskan bahawa "Islam Turki" yang moderat dan reformis akan menjadi rujukan, kiblat, dan model baru bagi pergerakannya.

Awal Mac lalu, Gerakan Kebangkitan (Harakah an-Nahdhah) secara rasmi mendirikan parti baru yang juga membawa nama gerakan tersebut, iaitu Parti Kebangkitan (Hizb an-Nahdhah), menyusul suksesnya gerakan revolusi yang berhasil menggulingkan rejim Ben Ali yang telah berkuasa selama 28 tahun.

Parti tersebut tercatat sebagai parti Islam pertama yang rasmi dan legal dalam sejarah Tunisia sejak tiga dekad terakhir.

Sejak awal mula dirasmikan, Parti Kebangkitan Tunisia telah menuai kontroversi. Pasalnya, banyak kalangan Tunisia yang majoriti sekular berasa khuaatir jika parti dirian sayap Ikhwan Tunisia tersebut akan menggiring Tunisia menjadi negara Islam.

0 comments: