Friday, April 8, 2011

Israel Lancar Serangan Laut, Darat dan Udara ke Gaza

Israel telah mengintensifkan serangannya di Jalur Gaza yang terkepung, mengorbankan sekurang-kurangnya lima warga Palestin dan puluhan lagi cedera dalam serangan terbaru, laporan mengatakan.

Kereta kebal Israel, kapal perang dan jet tempur secara bersama-sama menyerang Jalur Gaza pada hari Khamis (7/4).

Dua warga Palestin terbunuh dan 25 orang lainnya mengalami kecedaraan di Kota Gaza. Dua orang juga terbunuh dan 14 cedera di Rafah.

Sebuah helikopter tempur Israel terbang di atas Gaza menembak secara melulu dan mengorbankan seorang anak muda berusia 17 tahun, kata petugas kesihatan.

Militer Israel telah mengesahkan bahawa pesawat dan pasukan darat telah menyerang Jalur Gaza dan telah mengorbankan lima warga Palestin.

Petugas medik Palestin mengatakan sekurang-kurangnya 30 orang cedera dalam tiga jam serangan yang dilakukan oleh pasukan Israel. Di antara yang terluka adalah seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia 4 tahun di Jalur Gaza.

Rezim Tel Aviv telah berulang kali mengebom Gaza sejak perang 22 hari di wilayah kantong miskin itu pada bulan Disember 2008 dan Januari 2009, yang mengorbankan lebih dari 1,400 warga Palestin dan menimbulkan kerosakan sebesar 1.6 billion dolar terhadap perekonomian daerah tersebut.

Serangan seringkali diluncurkan dengan dalih menanggapi penembakan roket dari Gaza.(fq/prtv)

sumber

0 comments: