Wednesday, April 20, 2011

NIGERIA: Remaja Kristian bakar masjid

KANO, Nigeria 19 April - Remaja Kristian membakar sebuah masjid di utara Nigeria awal hari ini dalam satu rusuhan berdarah yang tercetus selepas keputusan pilihan raya Presiden di negara ini diumumkan, semalam.

Keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Presiden Goodluck Jonathan menyebabkan penganut Islam bertindak membakar kedai-kedai di Kano, bandar utama di utara negara ini.

Serangan balas di bandar itu berlaku apabila sejumlah orang dilaporkan terbunuh sejak beberapa hari lalu ketika rusuhan selepas pilihan raya yang dimenangi Jonathan merebak ke 14 negeri.

Jurucakap polis Kano, Magaji Majia mengesahkan kejadian di Tudun Wada, sebuah bandar berdekatan Kano tetapi menegaskan bahawa situasi di situ telah dapat dikawal.

Katanya, beliau dalam perjalanan untuk berjumpa ketua-ketua tradisi tempatan dan imam di kawasan itu, sambil memberitahu perintah berkurung 24 jam dikuatkuasakan di bandar itu.

Penduduk berkata, remaja Kristian yang berlindung di berek-berek polis sejak beberapa hari lalu memasuki kawasan Islam di bandar itu dan membakar sebuah masjid dan dua trak.

Sebagai tindak balas, pemuda Islam merosakkan berpuluh-puluh kedai yang dimiliki penganut Kristian.

Jonathan semalam diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden Nigeria, pengumuman yang mencetuskan ketegangan di negara ini dan tunjuk perasaan ganas yang disertai sejumlah 15,000 orang.

Pesaing utama beliau yang merupakan bekas pemerintah tentera, Muhammadu Buhari meraih banyak sokongan daripada wilayah utara, manakala Jonathan dari kawasan selatan.

Nigeria secara umumnya terbahagi dua dengan penduduk Islam menguasai bahagian utara manakala penduduk Kristian dibahagian selatan. - AFP

Sumber

0 comments: