Thursday, April 14, 2011

Salafi Wahhabi MESIR Berkhilaf Soal Pilihan Raya

Abu Syadi Musthafa, salah satu tokoh gerakan Salafi Wahhabi Mesir, menyatakan terjadi perpecahan di antara kalangan internal Salafi Wahhabi terkait dukungan dan penolakan atas penglibatan dalam pilihanraya parlimen Mesir akan datang.

Dalam sebuah sidang media, Abu Syadi mengatakan: "Salafi yang ilmiah mengumumkan posisi mereka bahawa tidak akan turut serta dalam pilihanraya, keluar dari yurisprudensi serta hukum yang berlaku."

Dia menambahkan: "Posisi yang sama juga diambil oleh gerakan Salafi Wahhabi Jihadi, yang memutuskan bahawa kondisi saat ini tidak boleh diterima untuk rakyat berperanan di dalam parlimen, salafi Wahhabi 'reformasi' adalah satu-satunya salafi wahhabi yang melihat pentingnya untuk mengambil peluang dalam perang pilihan raya.

Sebelumnya dilaporkan bahawa gerakan Salafi Wahhabi di Mesir khususnya di Alexandria menyatakan diri akan ikut berpartisipasi dalam pilihanraya akan datang. Salah satu tokoh salafi wahhabi Mesir, Dr. Yasir Al BUrhami menjelaskan: “Saat itu kami meninggalkan untuk berpartisipasi dalam politik, bukan kerana tidak ada agama dalam politik dan tidak ada politik dalam agama, akan tetapi akidah kami adalah bahawa Islam mengatur setiap urusan kehidupan di dalamnya, termasuk politik.”(fq/islamtoday)

sumber

0 comments: