![]() |
| Remaja Palestin membaling batu ke arah tentera Israel dekat Awatar pada 22 Mac lalu selepas tentera rejim Zionis itu menyerbu sebuah perkampungan di bandar Nablus di Tebing Barat bagi memburu pembunuh sebuah keluarga Yahudi di bandar itu. – AFP |
NABLUS, Wilayah Palestin 7 April – Pasukan tentera Israel menyerbu sebuah perkampungan berhampiran Nablus awal pagi ini dan menahan lebih 100 wanita Palestin di dalam usaha memburu pembunuh sepasang suami-isteri berketurunan Yahudi dan tiga anak mereka di Itamar bulan lepas.
Beratus-ratus anggota tentera Israel memasuki Awarta selepas tengah malam dan mengenakan perintah berkurung sejak lima hari lalu selepas menahan wanita yang disyaki, kata ketua majlis tempatan, Tayis Awwad kepada AFP.
Jelas Awwad, pada malam berkenaan, pasukan tentera Israel melakukan pencarian di setiap rumah bagi mencari pembunuh yang dipercayai rakyat Palestin, malah sumber pihak berkuasa Palestin turut mengesahkan maklumat itu.
Sejak 11 Mac lalu, kawasan perkampungan itu menjadi buruan tentera Israel di mana mereka menahan penduduk yang disyaki dengan pembunuhan itu yang berlaku pada bulan lepas.
Serbuan hari ini, bagaimanapun merupakan kali pertama mereka menahan penduduk wanita. – AFP

0 comments:
Post a Comment