Undang-undang Belgium yang dirangka ahli parlimen, Daniel Bacquelaine, mengharamkan pakaian yang menyembunyikan muka.
“Ia adalah undang -undang yang mementingkan prinsip asas dan hak sama rata antara lelaki dan wanita. Jika kita mahu masyarakat yang terbuka, bahagian muka adalah penting untuk dilihat,” kata Bacquelaine.
Anggota parlimen mengundi kali pertama pada April 2010 tetapi ditangguhkan selepas kerajaan tumbang dalam pilihan raya dua bulan kemudian.
Dewan Senat mempunyai tempoh 15 hari untuk menyatakan tentangan terhadap kelulusan undang-undang itu tetapi ahlinya enggan berbuat demikian, lapor agensi berita Belga yang memetik anggota parlimen.
“Undang-undang itu pasti akan berkuat kuasa selepas ini,” kata agensi berita itu lagi.
Hanya beberapa ratus wanita di Belgium dipercayai memakai burqa yang menutup keseluruhan bahagian muka.
Mengikut undang-undang berkenaan, sesiapa yang ditahan menutup muka sebahagian atau sepenuhnya di tempat awam menyebabkan orang lain tidak dapat mengenali mereka, boleh didenda 15 hingga 20 euro (RM63 hingga RM105) atau dipenjara sehingga tujuh hari.
Pertubuhan hak asasi manusia termasuk Amnesty International mengkritik undang-undang itu atas alasan ia mencabul hak kepada kebebasan dan agama wanita terbabit. – AFP
sumber
0 comments:
Post a Comment