Kurang daripada seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan pasukan tentera Amerika berjaya membunuh pemimpin Al-Qaeda di Pakistan, berita Osama dibaca oleh 84 juta orang dalam media elektronik dan cetak dunia, laman media sosial dan internet.
Berita paling besar di seluruh dunia sejak Januari 2000 masih dipegang oelh berita mengenai kebangkitan China sebagai kuasa politik dan ekonomi, kata Pemantauan Bahasa Global.
Sehingga kini, berita mengenai China itu dibaca 300 juta orang, diikuti pilihan raya presiden Obama dengan 123 juta.
Berpangkalan di Texas, GLM menggunakan algoritma untuk mengesan petikan terhadap berita besar selain 750,000 laman media cetak dan elektronik, selain petikan di internet, blog, Twitter, Facebook dan laman media sosial yang lain.
Menurut GLM, 10 berita tertinggi dalam kurun ke 21 ialah kebangkitan China diikuti pilihan raya Obama, kematian Osama, Wikileaks, perkahwinan diraja Britain, kematian Michael Jackson, serangan 11 September 2011 di Amerika, malapetaka di Jepun termasuk gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear, kebangkitan Asia Barat dan kejatuhan ekonomi dunia. – Reuters
0 comments:
Post a Comment