Friday, May 6, 2011

CHINA Kecam Operasi AS Bunuh Osama

China mengkritik Amerika Syarikat atas pelanggarannya terhadap kedaulatan Pakistan dengan melakukan operasi militer untuk membunuh pemimpin al-Qaidah Usamah bin Ladin.

"China menyatakan bahawa kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wilayah negara di manapun mesti dihormati," pejabat berita Xinhua mengutip pernyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri China Jiang Yu yang mengatakan pada sebuah sidang meida rutin di ibukota Beijing pada Khamis semalam (5/5).

Jiang mencatat bahawa situasi anti-terorisme global masih suram dan kompleks, dan dia menyerukan adanya kerjasama internasional yang lebih untuk memerangi ancaman tersebut.

"Masyarakat internasional mesti meningkatkan kerjasama mereka dan membuat lebih banyak upaya untuk melawan ancaman terorisme internasional," katanya menegaskan.

Pegawai China itu menambahkan bahawa Pakistan adalah negara di garis-depan dalam aksi anti-terorisme dan masyarakat internasional mesti memberikan pemahaman yang lebih dan dukungan untuk negara itu.

sumber


SATU UMAT : Jika AS boleh membunuh sesuka hati di Pakistan, maksudnya tidak ada sebarang undang-undang yang dapat menghalang tentera AS membunuh di mana-mana negara yang mereka sukai.

0 comments: