Sunday, May 1, 2011

Ikhwan MESIR Sudah Lantik Pemimpin Parti

Jemaah Ikwanul Muslimin di Mesir, sesudah menyelenggarakan pertemuan selama dua hari, berhasil memilih pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan. Pertemuan Dewan Syura yang berlangsung di Kaherah, berhasil mengambil keputusan penting, dan ini merupakan pertemuan dan keputusan yang bersejarah selama 16 tahun, sejak pemerintahan Hosni Mubarak, yang terus menerus memberangus aktiviti politik Jemaah Ikhwan.

Banyak masalah yang dibahas, termasuk masa depan Parti Kebebasan dan Keadilan yang baru terbentuk, dan peranannya dalam perjuangan politik di Mesir.

Jemaah Ikhwanul Muslimin melalui Partai Kebebasan dan Keadilan, hanya akan mencalonkan calon presiden dari anggotanya, jika dalam pemilihan parlimen yang akan berlangsung pada September akan datang, dan Parti Kebebasan dan Keadilan mendapatkan 50 peratus kerusi dari seluruh jumlah kerusi di parlimen.

Sampai hari akhir dalam pertemuan Dewan Syura, tidak diputuskan kepada siapa Parti Kebabasan dan Keadilan akan memberikan dukungan politiknya pada calon presiden mendatang. Nampaknya, Jemaah Ikhwan di Mesir, sangat hati-hati dalam mengambil keputusan politik, yang berkaitan dengan pemilihan presiden Mesir akan datang. Jemaah Ikhwan masih akan menunggu, seberapa besar dukungan rakyat Mesir terhadap Parti Kebebasan dan Keadilan yang akan ikut dalam proses politik di Mesir.

Pertemuan itu berakhir dengan memilih Dr Mohamed Morsy, yang pernah memimpin blok pembangkang di Parlimen Mesir, sebagai pemimpin Keadilan yang baru terbentuk, dan Dr Essam Al-Erian sebagai wakilnya. Sedangkan Dr Saad Ketatny menjadi Sekjen (Sekrateris Jendral) parti yang baru itu. Ketiga-tiganya juga merupakan tokoh-tokoh senior dalam Jemaah Ikhwan di Mesir.

Jemaah Ikhwan di Mesir memilih langkah, di mana memisahkan Parti dari Jemaah. Jemaah tetap dikelola dan dipimpin oleh Dr. Mohammad Badie sebagai Muryid 'Aam, sedang Parti Keadilan di pimpin Mohamed Morsy dan Dr Essam El Erian serta Dr. Saad Ketany.

Meskipun tidak ada keputusan yang diputuskan, apakah akan membentuk pakatan dengan kekuatan politik lainnya, tetapi Jemaah Ikhwanul nampaknya akan bekerja dengan kelompok politik lain untuk membangun Mesir sesuai dengan visi politik masa depan yang diyakini.

Ketatny menjelaskan bahawa begitu parti mengeluarkan keputusannya akan mandiri menjadi entiti yang terpisah Jamaah Ikhwan, meskipun Jemaah Ikhwan dan Partai Kebebasan akan mengkoordinasikan klangkah-langkah yang penting dan strategik.

Jemaah Ikhwan menegaskan bahawa parai akan mencakup anggota dari seluruh lapisan masyarakat Mesir. Parti Kebebasan dan Partai Keadilan akan menjadi kekuatan awam dengan prinsip-prinsip dasar Islam, yang cocok untuk semua ketentuan undang-undang Mesir dan konstitusi.

Morsy mempertahankan bahawa jemaah adalah jemaah Islam yang hanya mengeluarkan keputusan-kputusan strategik bagi parti, dan tidak akan terlibat dalam hal-hal yang sifatnya orperasional parti. (mh/ikwb)

sumber

0 comments: