Wednesday, May 4, 2011

Letupan di Tripoli dan Beghazi

BENGHAZI: Sebuah bom kereta meletup berhampiran ibu pejabat pemberontak Libya di Benghazi malam tadi, mencederakan dua orang dan mencetuskan kebimbangan di bandaraya itu.

Di Tripoli pula, tiga letupan kuat kedengaran awal pagi ini ketika pesawat terbang melalui ibu negara Libya itu, beberapa hari selepas Muammar Gaddafi terselamatan daripada serangan NATO yang membunuh anak lelakinya.
Letupan di Benghazi berlaku kira-kira 200 meter dari bangunan ibu pejabat pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan Gaddafi.
“Ia adalah bom kereta," kata jurucakap tentera pemberontak, Omar Ahmed Bani.

Seorang wartawan Libya, Nasser Warfuli, berkata Chevrolet putih itu meletup sebelum masuk waktu Maghrib.

"Saya sedang berjalan dan berlaku letupan," katanya. - AFP

sumber

0 comments: