Thursday, May 5, 2011

Mayat2 Tak Kelihatan Seperti Osama

ISLAMABAD: Gambar yang diperoleh Reuters dan diambil sejam selepas serangan komando Amerika Syarikat ke atas kediaman Osama bin Laden di Abbottabad menunjukkan mayat tiga lelaki di laman tetapi tiada sebarang senjata di sisi mereka.

Gambar yang diambil seorang pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki laman rumah itu selepas serangan pada pagi Isnin lalu, menunjukkan mayat dua lelaki yang berpakaian tradisi Pakistan manakala seorang lagi berbaju T dengan darah mengalir keluar dari telinga, hidung dan mulut.
Tiada seorang pun yang kelihatan seperti Osama.
Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat Osama kerana bimbang ia akan menggalakkan keganasan dan digunakan sebagai propaganda al-Qaeda. - Reuters

sumber

0 comments: