Monday, May 9, 2011

PALESTIN - Israel Culik 2 Pegawai Hamas

Pasukan pendudukan Israel (IOF) pada Sabtu lalu telah menculik pegawai tinggi Hamas Khalid Al-Hajj dalam sebuah penyergapan di selatan kota Jenin serta Syeikh Majid Hasan setelah serangan di rumahnya di kota Ramallah.

Sebuah sumber menginformasikan kepada pusat informasi Palestin (PIC) bahawa sejumlah besar pasukan Israel menggunakan enam jip militer menyerbu Khalid Al-Hajj yang berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh pegawai Hamas Abdulbasit Al-Hajj dekat desa Arraba selatan Jenin.

Pasukan menghentikan kereta yang kedua-dua pegawai Hamas berada di dalamnya, pasukan Israel mengambil tanda pengenalan mereka, dan menahan Khalid Al-Hajj dan mengatakan kepada Abdulbasit untuk mengikuti jip mereka.

Ketika jip Israel tiba di kem Dotan dekat desa Arraba, mereka kemudian memaksa Khalid masuk ke dalam kem militer, dan kemudian menyuruh Abdulbaset untuk masuk ke sebuah pos pemeriksaan berhampiran dan menyuruhnya untuk pulang ke rumah setelah menyita keretanya.

Khalid Al-Hajj telah menghabiskan lebih dari 10 tahun di penjara-penjara Israel.

Pada Kamis pagi lalu, pasukan pendudukan Israel juga menculik seorang pegawai Hamas bernama Majid Hasan dari rumahnya di kota Ramallah dan membawanya ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Sebuah sumber rasmi dari Hamas di Tebing Barat mengatakan kepada PIC bahawa pendudukan Israel mulai melaksanakan senario yang diharapkan bertujuan untuk mencegah Hamas mengambil bahagian dalam kehidupan politik setelah berdamai dengan saingannya Fatah di Tebing Barat.(fq/pic)

sumber

0 comments: