Monday, May 23, 2011

Perasmian Markas Baru Ikhwan, Ulama Azhar Hadir

Jemaah Ikhwanul Muslimin Mesir hari Sabtu lalu berpuas hati setelah pejabat pusat yang menjadi markas besar mereka yang baru dibuka secara rasmi.

Dr Muhammad Badi Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin yang langsung merasmikan pembukaan markas besar baru jemaah Ikhwan Sabtu lalu (21/5) , di hadapan sejumlah besar pegawai negara dan beberapa calon presiden.

Turut sertadalam pembukaan markas baru tersebut iaitu calon presiden Mesir, Dr Amr Mussa, Hamdan Shabahi, Majdi Ahmad Hussain, Abdul Mun'im Abul Futuh, Hisyam Basthawisi, Dr Muhammad ElBaradei serta Dr Ayman Nour.

Turut hadir juga perwakilan-perwakilan dari parti-parti politik yang ada di Mesir, serta beberapa tokoh masyarakat serta perwakilan dari Al-Azhar yang diwakili oleh Syeikh Muhammad Mukhtar Al-Mahdy.

Dari kalangan pemerintah dihadiri oleh perwakilan dari Dr Abdul-Aziz Hijazi, Wakil Perdana Menteri Mesir yang diwakili oleh Dewan Menteri.

Semua calon capres Mesir menyatakan bahwa kehadiran mereka dalam perasmian pejabat pusat jemaah Ikhwan bukan sebahagian dari taktik berkempen, mereka hadir hanya untuk memberi sokongan kepada jemaah Ikhwan yang telah memiliki markas baru.(fq/imo)

sumber

0 comments: