TRIPOLI: Sekurang-kurangnya dua letupan menggegarkan Tripoli, awal hari ini dengan pesawat pejuang NATO terus melintasi ruang udara di sekitar ibu negara Libya itu.
Saksi memberitahu kepulan asap tebal akibat letupan kelihatan berdekatan stesen televisyen Libta dan agensi berita JANA.
Serangan udara itu susulan amaran yang diberikan Panglima NATO, Anders Fogh Rasmussen bahawa masanya sudah hampir berakhir buat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Beliau berkata, Gaddafi sepatutnya menyedari bahawa masa depannnya di Libya serta kedudukan rejimnya sudah berakhir.
NATO terus membedil beberapa sasaran tentera Libya sejak Mac lalu dalam usaha menghalang Gaddafi menggunakan kekerasan dan pembunuhan terhadap rakyatnya yang mahu beliau berundur. - AFP
sumber
0 comments:
Post a Comment