"Saya sampaikan kata-kata saya ini untuk saudara-saudara dan kerabat kita di Bulgaria. Saya dengan tegas mengecam penyerangan yang dilakukan di Sofia ketika solat Jumaat minggu lalu," kata Erdogan ketika kempen pra-pilihanraya di Bursa, sebuah kota dengan penduduk majoriti etnik Turki dari Bulgaria, Bulgarian Telegraph Agency melaporkan Isnin lalu (23/5).
"Kekerasan seperti ini merupakan tanda intoleransi yang diwariskaan secara genetik ke generasi yang berbeza," katanya menegaskan.
Namun, Erdogan menyatakan dirinya berterima kasih kepada pegawai Bulgaria yang segera bereaksi atas insiden penyerangan itu.
"Laporan yang dibuat oleh pihak berkuasa Bulgaria membuat kami sedikit tenang dan saya berterima kasih kepada mereka. Saya sekali lagi menunjukkan bahawa negara-negara Eropha mesti bekerjasama dalam mengambil tindakan terhadap eskalsi ketegangan seperti ini," kata PM Turki.
Kelompok ekstremis kanan jauh dari parti Ataka melakukan penyerangan terhadap umat Islam yang sedang solat Jumaat minggu lalu. Huru-hara terjadi ketika kaum nasionalis yang dipimpin oleh pemimpin mereka Volen Siderov mengadakan tunjuk perasaan berhampiran masjid Banya Bashi di Sofia memprotes penggunaan pembesarsuara oleh masjid. Dalam pergaduhan itu, beberapa orang akhirnya cedera dan beberapa pendukung Ataka ditangkap oleh polis.(fq/novinite)
0 comments:
Post a Comment