PEMBERONTAK Libya mengadakan sekatan jalan dekat medan pertempuran, 25 kilometer daripada pusat bandar Misrata.
ATHENS: Rejim pemerintah Libya mengadakan rundingan sulit dengan Greece bagi mendapatkan dana AS$20 bilion (RM60) bilion) yang dibekukan bertujuan membantu dua kumpulan yang terbabit dalam perang saudara di negara itu selain membuka jalan untuk rundingan damai.
Seorang pegawai kanan Libya yang kini berada di luar negara mendakwa wujud ‘permusuhan peribadi antara Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Emir Qatar dengan Gaddafi’ menyebabkan usaha rundingan damai dan bantuan kemanusiaan terhalang.
Sumber rejim Libya menegaskan, kebenaran untuk menggunakan asetnya bagi bantuan kemanusiaan akan membolehkan satu perjanjian gencatan senjata dicapai, manakala proses penyerahan kuasa oleh Gaddafi dan pembentukan kerajaan sementara yang disertai pembangkang di Benghazi boleh dimulakan.
“Kami percaya langkah ini akan membolehkan proses dialog dimulakan. Wang itu kepunyaan Libya tetapi dibekukan bank asing. Cadangan bertujuan menggunakannya untuk faedah semua rakyat Libya.
“Memang ada keraguan sama ada Gaddafi akan berundur atau tidak. Sama ada beliau keluar dari Libya atau tinggal di padang pasir, ia akan diputuskan kemudian, tetapi mengenakan syarat ke atas Gaddafi sebelum rundingan seperti yang dikehendaki Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hanya melambatkan proses perdamaian.
Beberapa pegawai yang mengambil bahagian dalam rundingan juga mendakwa pegawai dari Amerika Syarikat mengetahui mengenai perkara itu tetapi enggan memberi sebarang ulasan.
Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton berkata, beliau sedar mengenai ‘pelbagai tawaran’ dibuat oleh mereka yang rapat dengan Gaddafi untuk membincangkan mengenai pengundurannya, tetapi tidak memberi maklumat lanjut. – Agensi
sumber
0 comments:
Post a Comment