Wednesday, June 1, 2011

Israel Berusaha Larikan Mubarak dari MESIR

TEL AVIV (Arrahmah.com) - Menteri Kehakiman Mesir, Mohammad Abdul Aziz al-Jundi mengatakan bahawa Israel merancang untuk membuka jalan bagi mantan pemimpin diktator yang digulingkan oleh rakyatnya sendiri, Hosni Mubarak untuk melarikan diri dari negara Afrika itu.

Dalam sebuah wawancara dengan akhbar al-Wafd, Jundi juga menuduh Israel berusaha mencetuskan perang saudara di negara Afrika Utara itu, mencatat bahawa Tel Aviv berusaha menghancurkan revolusi Mesir.

Mubarak, yang digulingkan pada Februari lalu setelah berminggu-minggu diadakan protes berdarah, akan menghadapi hukuman mati jika terbukti bersalah membunuh para pendemo secara damai selama revolusi anti-rejim.

Mantan presiden Mesir saat ini sedang berada dalam tahanan polis di hospital Mesir. Dia telah dilaporkan mengalami serangan jantung saat diinterogasi.

Mubarak telah memerintah Mesir selama lebih dari 30 tahun di bawah dukungan langsung Amerika dan Israel. (haninmazaya/arrahmah.com)

sumber

0 comments: