Dia menambahkan bahawa penangkapan anggota Ikhwan oleh Presiden Gamal Abdel Nasser pada tahun 1954 menyebabkan kekalahan pada perang 1956 dan serangkaian penahanan anggota Ikhwan pada tahun 1965 juga menyebabkan kekalahan pada perang 1967 melawan Israel. Demikian pula, pemenjaraan anggota Ikhwan oleh Mubarak berakibat terjadinya revolusi 25 Januari sehingga mengakibatkan Mubarak jatuh.
Badie menyampaikan hal tersebut dalam khutbah Jumat minggu lalu, bersamaan dengan peringatan kekalahan pasukan Mesir oleh Israel pada tanggal 5 Jun 1967, sembari menegaskan juga bahawa Ikhwan adalah yang pertama untuk berbicara melawan ketidakadilan di Mesir dan telah menderita selama bertahun-tahun akibat penyiksaan dan penjara sebagai akibat keberanian mereka melawan rejim Mesir.
"Namun Allah telah memungkinkan Ikhwan untuk membuka markas baru mereka di daerah Muqattam, di mana banyak para syuhada yang meninggal di penjara militer dikuburkan di sana," kata Badi menambahkan.
Selain itu, pemimpin Ikhwan ini menyatakan bahawa kekalahan tahun 1967 adalah suatu peristiwa yang mengejutkan dunia Arab terlepas dari usaha oleh banyak ahli politik Mesir untuk membenarkan kekalahan dengan mengatakan bahawa itu hanya sebuah pertempuran dan bukan perang.
0 comments:
Post a Comment