Tentera Israel berkata ia melepaskan tembakan selepas memberi amaran kepada penunjuk perasaan itu agar bergerak jauh dari pagar yang menandakan garisan gencatan senjata di sepanjang sempadan Syria dan kawasan diduduki Yahudi di Bukit Golan. Stesen televisyen Syria melaporkan selain daripada 14 yang terkorban, ramai lagi cedera.
Sementara itu, tentera Israel menggunakan pembesar suara memberi amaran bahawa sesiapa yang mendekati pagar garisan ‘bertanggung jawab terhadap darah masing-masing.’
Tentera Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas aktivis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan beberapa negara Arab bersempadan dengan kawasan diduduki Yahudi, menyatakan rancangan untuk membuat bantahan sempena ulang tahun ke 44 perang enam hari dengan Israel yang antara lain menyaksikan Tel Aviv menawan Bukit Golan dari Syria.
Pada 15 Mei lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di sempadan Lubnan, Syria, Gaza dengan kawasan diduduki Israel bagi membuat bantahan sempena penubuhan negara Yahudi itu.
Tentera Israel ketika itu menembak mati enam orang penunjuk perasaan di sempadan Lubnan dan empat orang di sempadan Syria.
Di Gaza, penunjuk perasaan berhimpun di pekan utara Beit Hanun, tetapi anggota polis Hamas
menghalang mereka mendekati pintu sempadan kawasan diduduki Yahudi di Erez. – AFPsumber
0 comments:
Post a Comment