HEBRON (Arrahmah.com) - Tentera Zionis Israel menangkap tiga remaja Palestin pada Rabu (1/6/2011) saat fajar di selatan Tebing Barat, kota Hebron dan membawa mereka ke suatu tempat yang tidak diketahui.
Tentara Zionis membuat sekatan jalan di wilayah Hebron, menyerang beberapa desa dan kota, menghancurkan beberapa rumah dan menangkap tiga remaja.
Agen berita Palestin, WAFA melaporkan bahawa tentera menangkap Ata Abu Ramouz (17), saudaranya Mohammad (13) dan Dia Ed Deen atiyya (16).
Selain itu, tentera menyerbu kota-kota berhampiran dan desa Ithna, Yatta dan Beit Hanoun. Juga menyerbu daerah Beit Amra, utara Yatta di wilayahHebron dan menyerbu beberapa rumah dan menyebabkan kerosakan di sana.
Penduduk setempat, Ala’ Mohammad Deis (25) mengatakan bahawa tentara secara kasar menyerang ayahnya (55) ketika memecah masuk ke rumahnya dan menghancurkan harta benda.
Deis menambahkan bahawa tentera juga menghancurkan beberapa dinding di rumah ayahnya dan rumah salah satu kerabat mereka dan mencari beberapa rumah di dekatnya. (haninmazaya/arrahmah.com)

0 comments:
Post a Comment