KUALA LUMPUR 9 Julai – Jalan-jalan sekitar Stadium Merdeka, lokasi di mana perhimpunan haram dijangka akan diadakan kelihatan masih lengang, termasuk Jalan Hang Tuah dan Jalan Stadium.
Bagaimanapun, kira-kira 30 individu termasuk beberapa kanak-kanak dipercayai penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkumpul di perhentian bas berhampiran stadium berkenaan.
Perkarangan Stadium Merdeka dikawal rapi oleh pilihan anggota polis yang mengawal setiap jalan masuk. - Utusan
0 comments:
Post a Comment