Saturday, July 9, 2011

30,000 Berkumpul Di Jalan Pudu

Pasukan terbesar yang sedang bergerak ke Stadium Merdeka adalah gabungan antara penyokong PAS dan DAP yang bergerak di Jalan Pasar dan bergabung dengan kumpulan dari Dataran Merdeka yang melintasi Jalan Pudu.



(30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis)

Antara pemimpin yang ada di sini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.

Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari.

Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Dataran Merdeka dan menjadikan mereka 30,000.

“Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank,” kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DA) dan lain-lain.

Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis. - Harakahdaily

0 comments: