Saturday, July 9, 2011

600 Orang Berhimpun di Ibu Pejabat KTMB

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kira-kira 600 individu yang dipercayai para penyokong perhimpunan haram Bersih 2.0 berhimpun di ruang menunggu ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di sini pagi ini.

Bagaimanapun, pihak pengurusan KTMB telah mengarahkan mana-mana individu yang tidak mempunyai tiket perjalanan supaya tidak berkumpul di ruang menunggu tersebut.

Sementara itu, beberapa pergerakan kecil dalam kumpulan antara lima hingga enam individu dilihat berlaku di Jalan Hang Jebat dan di sekitar Stadium Merdeka. – Utusan

sumber

0 comments: