KABUL 29 Julai - Sekurang-kurangnya 19 orang maut apabila tiga penyerang berani mati meletupkan kenderaan berisi bahan letupan di pintu pagar kawasan kompleks kerajaan di selatan Afghanistan.
Ketiga-tiga serangan itu berlaku pada waktu hampir sama di wilayah Uruzgan, kejadian keganasan terbaru di kawasan kubu jaringan pengganas, Taliban.
Taliban mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang menyasarkan rumah gabenor, ibu pejabat polis dan pejabat syarikat keselamatan swasta di bandar Tarin Kot. - Agensi
0 comments:
Post a Comment